Salam ....
Rasanya nak kongsi sikit tentang soalan Matematik II PMR 2010.
Persoalannya kenapa pelajar tak mahu bersungguh-sungguh untuk bersedia dengan format soalan PMR mulai dari Tahun 2004.
Jika diteliti soalan yang bakal ditanya boleh dijangkakan.
Dan untuk mendapat keputusan yang elok, maka pelajar kita perlu lebih fokus dan lebih bersedia dengan bentuk soalan yang akan ditanya.
Sebagai seorang guru yang mengajar subjek ini, jika diberikan latihtubi secukupnya pasti pelajar akan lulus, bukan setakat lulus malah akan dapat keputusan yang cemerlang.Dengan bentuk soalan yang sedemikian, sebagai guru, kita boleh sediakan soalan latih tubi khusus untuk topik tertentu kepada pelajar kita , lebih-lebih lagi kepada yang mempunyai masalah dalam pelajaran matematik.(Kumpulan Galus).
Topik-topik seperti Geometrical Constructions, locus, Statistics, Graph Functions dan Transformations sahaja sudah cukup untuk meluluskan kumpulan pelajar ini...
Jangan mengalah, dengan usaha yang berterusan kita pasti mampu melakukannya. Pelajar cemerlang, sederhana malah pelajar yang lemah dalam pembelajaran juga semuanya merupakan pelajar kita. Peratusan lulus sekolah bergantung kepada keputusan kumpulan pelajar ini. Luangkan sedikit masa untuk pelajar ini dan pasti segala penat lelah kita akan membuahkan hasil yang dapat kita banggakan.
Untuk guru saya sedia berkongsi soalan-soalan latihan khusus bagi topik-topik ini .
No comments:
Post a Comment